WELCOME TO MY BLOG


SILA LAYARI BLOG INI UNTUK KETAHUI APA YANG MENARIK TENTANG BLOG INI......................

Pages

Monday, February 8, 2010

sinopsis penggunaan internet dalam matematik

Sila komen artikel ini..........

http://jusni.tripod.com/penggunaan_internet.html

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik.
Bagi saya bagi tujuan P&P dalam kelas penggunaan komputer memainkan peranan penting untuk menarik minat pelajar dan untuk menungkatkan mutu pengajaran dengan lebih efektif.Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin. Tambahan pula sejajar perkembangan dunia era abad ke 21 penggunaan komputer kini merupakan satu aset pengajaran yang utama.Perkembangan internet di negara maju amat jauh ke hadapan berbanding dengan negara kita. Tetapi ini tidak bermakna kita lupakan saja untuk mengejar mereka. Internet telah digunakan sebagai sumber untuk mendapatkan pelbagai bahan dan maklumat yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga amat sesuai digunakan sebagai sebuah saluran komunikasi antara seseorang guru dengan guru lain , guru dengan murid, guru dengan ibubapa, atau murid dengan murid lain. Secara umumnya penggunaan komputer dan ict amat penting untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran. dalam jurnal terdapat berpuluh laman web mengenai penyelesaian matematik, kajian tentang permasalahan matematik yang boleh dihubungkan dari seluruh dunia.