WELCOME TO MY BLOG


SILA LAYARI BLOG INI UNTUK KETAHUI APA YANG MENARIK TENTANG BLOG INI......................

Pages

Monday, February 8, 2010

sinopsis penggunaan internet dalam matematik

Sila komen artikel ini..........

http://jusni.tripod.com/penggunaan_internet.html

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik.
Bagi saya bagi tujuan P&P dalam kelas penggunaan komputer memainkan peranan penting untuk menarik minat pelajar dan untuk menungkatkan mutu pengajaran dengan lebih efektif.Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin. Tambahan pula sejajar perkembangan dunia era abad ke 21 penggunaan komputer kini merupakan satu aset pengajaran yang utama.Perkembangan internet di negara maju amat jauh ke hadapan berbanding dengan negara kita. Tetapi ini tidak bermakna kita lupakan saja untuk mengejar mereka. Internet telah digunakan sebagai sumber untuk mendapatkan pelbagai bahan dan maklumat yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga amat sesuai digunakan sebagai sebuah saluran komunikasi antara seseorang guru dengan guru lain , guru dengan murid, guru dengan ibubapa, atau murid dengan murid lain. Secara umumnya penggunaan komputer dan ict amat penting untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran. dalam jurnal terdapat berpuluh laman web mengenai penyelesaian matematik, kajian tentang permasalahan matematik yang boleh dihubungkan dari seluruh dunia.

9 comments:

azizawati said...

askum,
pada pandangan saya, penggunaan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif pelajar dalam menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.penggunaan e-mail dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar mendapati bahawa boleh menimbulkan semangat belajar dan sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam yang baru. manakala guru-guru perlu didedahkan dengan pelbagai kemahiran generik termasuklah kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan menjadi asas dan keperluan utama dalam pembinaan pakej pembelajaran bestari.

MURNIMUSTAPHA said...
This comment has been removed by the author.
hawani said...

penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperbaiki kualiti pengajaran matematik.P&P dalam kelas menggunakan komputer boleh menarik minat pelajar dan dapat meningkatkan mutu pengajaran dengan lebih efektif.

widad abdullah rawi 202145 said...

assalamualaikum...

penggunaan internet dalam pembelajaran matematik adalah sangat baik dan bagus. Ini kerana di dalam internet ini dimuatkan pelbagai cara bagaimana untuk menjadikan mata pelajaran ini lebih menarik. Guru-guru dapat menggunakan bahan-bahan di dalam internet untuk menjadikan pengajaran mereka lebih bagus. Dengan ini pelajar-pelajar dan guru-guru dapat menguasai teknologi maklumat dengan lebih mendalam..

faizahanim said...

Assalamualaikum

Pada pandangan saya penggunaan internet dalam pembelajaran matematik amatlah disokong memandangkan penggunaannya memberi lebih faedah seperti menambah maklumat yang sediaada pelajar dan dapat berkongsi maklumat dari sekolah yang berlainan. Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin. Tambahan pula sejajar perkembangan dunia era abad ke 21 penggunaan komputer kini merupakan satu aset pengajaran yang utama.Perkembangan internet di negara maju amat jauh ke hadapan berbanding dengan negara kita. Tetapi ini tidak bermakna kita lupakan saja untuk mengejar mereka. Internet telah digunakan sebagai sumber untuk mendapatkan pelbagai bahan dan maklumat yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga amat sesuai digunakan sebagai sebuah saluran komunikasi antara seseorang guru dengan guru lain , guru dengan murid, guru dengan ibubapa, atau murid dengan murid lain. Secara umumnya penggunaan komputer dan ict amat penting untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran. dalam jurnal terdapat berpuluh laman web mengenai penyelesaian matematik boleh dikongsi dengan sesiapa sahaja.

widad abdullah rawi 202145 said...

Internet mempunyai potensi untuk membuat pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Terpulang kepada guru untuk dapat membawa penggunaan internet ini ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada. Walaupun akses ke internet ini masih belum meluas di peringkat sekolah pada hari ini, tetapi kemudahan untuk mengguna internet terdapat di-mana-mana; di rumah, perpustakaan awam, pusat/kedai komputer dan lain-lain.
Penggunaan komputer dan internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self paced , dan self directed, dan seterusnya akan menjayakan matlamat pelaksanaan sekolah bestari, untuk melahirkan warga negara yang berketrampilan, kreatif, inovatif serta berakhlaq mulia.

Mathny (202152) said...

Assalamualaikum....
Apa yang kawan-kawan cakap semuanya betul. Guru Matematik mempunyai persepsi yang tinggi terhadap penggunaan alat bantu mengajar yang berorientasikan ICT. Peranan dan penggunaan internet telah dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat umumnya. Guru bolah terus berhubung dengan ibu bapa serta boleh membincangkan kemajuan anak mereka dalam pendidikan matematik melalui mel elektronik. Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.
Selain itu, internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi.

Mathny (202152) said...
This comment has been removed by a blog administrator.
hafizah said...

salam
puan,
Penggunaan internet dalam matematik sememangnya dapat membantu baik pelajar mahupun guru.
Bagi guru contohnya, internet dapat membantu guru untuk medapatkan idea dan cara-cara supaya keberkesanan P&Pnya tercapai. Contohnya di laman http://www.mathsisgoodforyou.com/
.
Bagi pelajar pula, penggunaan internet menggalakkan penerokaan pelajar sekaligus membantu mempertingkatkan kemahiran IT dikalangan pelajar.