WELCOME TO MY BLOG


SILA LAYARI BLOG INI UNTUK KETAHUI APA YANG MENARIK TENTANG BLOG INI......................

Pages

Wednesday, March 3, 2010

Artikel tentang stail pengajaran

AGRESIF DAN DEFENSIF
Secara umumnya guru mempunyai dua pilihan untuk menguruskan bilik darjah dengan baik sama ada menggunakan kuasa guru sepenuhnya atau membiarkan pelajar menguasai bilik darjah. Stail guru dalam bilik darjah sama ada guru agresif atau defensif ini merupakan salah satu daripada punca komunikasi kurang berkesan dan menyebabkan pelajar tidak berminat untuk belajar.
Guru mengajar stail agresif bukan bermakna guru tersebut garang meyebabkan pelajar takut untuk mengikuti pengajaran oleh guru agresif. Dalam persekitaran bilik darjah sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku guru perlu bersikap agresif untuk mengawal pelajar bertingkah laku destruktif dan agresif. Ini bertujuan agar guru menjadi berkuasa atau dominan supaya pelajar menuruti arahan guru dan guru tegas dengan apa yang guru kehendaki dan harapkan dari pelajar. Dalam stail secara agresif guru perlu memberi arahan dengan jelas dan terbuka menerima pandangan dari pelajar agar wujud komunikasi dua hala di antara guru dan pelajar. Bukan guru sentiasa memberia arahan dan meminta pelajar patuh pada setiap arahan guru.
Sebaliknya jika guru mengamalkan stail pengajaran secara defensif, guru lebih banyak bertanya kepada pelajar dan guru tidak akan dapat apa yang guru kehendaki dari pelajar. Stail defensif ini akan menunjukan guru tidak ada keyakinan untuk mengurus bilik darjah menyebabkan akan kurang selesa dengan pengajaran guru tersebut.
Bagi kedua- dua stail ini, agresif dan defensif, guru perlu mencari pendekatan yang sesuai untuk menguruskan bilik darjah dengan lebih sempurna supaya sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

No comments: